Aku kira motel yang aku duduk ini agak terpencil, jauh dari bandar, tidak mungkin mereka dapat mengesan aku sampai ke sini? Tanganku pantas mencapai jubah nipis berwarna merah yang tersangkut di birai katil. Pintu bilik aku kuak sedikit. Kelihatan 4 orang lelaki awal 30-an berpakaian kasual. Bau arak yang sangat kuat menusuk ke hidungku. Aku kira mereka baru balik dari par-tay atau kelab malam. Hebat! Kawasan tersorok macam ini pun ada kelab malam. Tiba-tiba aku terdetik dihati, jikalau mereka ini orang-orang PutraCat yang datang untuk menyerang, memang masak aku!!! Kecederaan di kaki ini belum lagi sembuh sepenuhnya. Aku segera menutup pintu dan kuselak kunci. Bunyi derapan kaki semakin menghilang, ku kira kumpulan lelaki tadi telah kembali ke bilik mereka. Aku menarik nafas lega. Namun, baru sahaja beberapa langkah kakiku menapak, pintu bilik aku diketuk lagi. Aku segera berpaling. Perlahan-lahan aku mendekati pintu lalu menjengket mengintai dari lubang kaca pada pintu bilik. Tidak kelihatan sebarang kelibat manusia. Pelik. Jangan main-main, takkanlah ada hantu datang kacau! Eh, aku memandang ke lantai, terlihat sekeping nota kecil terselit di bawah pintu. Nota tersebut aku buka. Tiada sebarang nama tertera di nota tersebut.
Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh...
Comments
Post a Comment