Anda telah menginjak usia yang matang tetapi anda masih lagi forever alone, keseorangan, kesepian, belum menemui pasangan hidup. Sepanjang anda berteman a.k.a ber-couple, anda telah banyak kali putus cinta atas sebab kehadiran orang ketiga, cinta semakin pudar, tidak sehaluan, halangan dari keluarga dan macam-macam lagi. Ibaratnya kalau berteman itu seperti anda memandu kereta, sepanjang
perjalanan anda telah banyak kali menekan break sampai tayar kereta pun makin
licin.
Apa itu 5s?
5s adalah sapa, suai kenal, serasi, serius dan sarumg cincin.
S1 - Sapa:
Kalau anda berminat atau berkenan dengan seseorang, langkah yang pertama adalah bertegur sapa. Tidak kiralah di media sosial atau face to face. Be a gentleman atau gentlewoman. Sekadar mengucap "hi" atau melemparkan senyuman ketika bertembung dengan orang yang anda berkenan itu boleh dikira sebagai satu permulaan yang baik. Anda kenalah berhemah ketika bertegur sapa, jangan gelojoh dan terus meminta nombor telefon, elakkan membuat senyuman yang pelik-pelik yang menampakkan anda seorang yang gatal kerana orang tersebut pasti akan berasa tidak selesa dengan anda. Ingat, jangan berkelakuan pelik ketika anda ingin menegur orang yang anda suka kerana dikhuatiri anda menghantar mesej yang salah dan membuatkan orang tersebut salah sangka terhadap anda.
S2 - Suai kenal:
Setelah beberapa kali anda bertegur sapa dengan orang tersebut, anda bolehlah mula berbual lama sedikit. Cuba cari persamaan ketika berbicara dan fokuskan skop perbualan kepada topik yang berlaku di sekeliling anda sahaja dahulu. Sebagai contoh jika anda berdua bekerja dalam syarikat yang sama, anda boleh berbual tentang pekeliling baru yang dikeluarkan syarikat atau tentang seminar yang akan dijalankan dan sebagainya. Pastikan perbualan anda berdua bersifat santai dan jangan terlalu serius. Jangan sekali-kali menyentuh perihal peribadi orang berkenaan seperti bertanya "kenapa bos marah awak tempoh hari?" kerana anda pasti tidak ingin dicop sebagai seorang yang busybody dan sekaligus menghancurkan peluang anda untuk mengenali si dia.
S3 - Serasi
Kini anda telah mengetahui serba sedikit mengenai orang yang anda suka, tibalah masanya untuk anda memastikan wujudkah keserasian antara anda dan dia. Ajaklah dia keluar untuk luangkan masa bersama anda. Makan bersama adalah pilihan terbaik kerana anda boleh mengetahui personaliti orang itu. Samaada dia seorang yang cerewet pasal makanan, adakah dia seorang yang beradap di meja makan, adakah dia kisah makan di kedai mamak atau dia hanya ingin makan di tempat yang high class sahaja dan sebagainya. Rancanglah apa jua aktiviti sekalipun untuk anda mengenali si dia dengan lebih rapat asalkan tidak melanggar batas-batas pergaulan. Pastikan juga si dia selesa dan bersetuju untuk melakukan aktiviti yang anda rancang. Jikalau si dia tidak suka aktiviti lasak, jangan paksa si dia untuk pergi rock-climbing, mendaki bukit atau berkayak. Mungkin dia akan setuju untuk melalukannya setelah beberapa kali anda mendesaknya tetapi percayalah selepas itu dia mungkin tidak akan keluar bersama anda lagi. Dengan mengenali personaliti dia melalui semua aktiviti yang anda lakukan bersamanya, anda boleh tahu samaada anda selesa atau serasi dengan orang itu atau tidak. Kalau anda selesa dengannya, anda boleh pergi ke langkah seterusnya tapi jika sebaliknya, adalah lebih baik anda dan dia kekal sebagai teman sahaja.S4 - Serius
Ini adalah langkah yang paling penting kerana anda ingin membawa perhubungan anda keluar dari friendzone. Anda perlulah meluahkan perasaan anda dengan si dia dengan menyatakan anda serius dan ingin menyunting dia menjadi kekasih dan seterusnya menjadi pasangan hidup anda. Jikalau tidak keberatan, anda ingin bertemu dengan keluarga si dia dan berkenalan dengan mereka. Sebelum anda meluahkan hasrat anda, anda kenalah bersedia dari segi mental sepenuhnya kerana tidak semestinya si dia akan menerima hasrat anda. Kalau si dia menginginkan masa untuk berfikir masak-masak, berikanlah masa yang dia inginkan. Jangan terlalu mendesak kerana membuat keputusan untuk soal perasaan bukannya perkara yang senang. Jikalau si dia menolak dan hanya menganggap anda sebagai kawan, anda kena terima dengan hati yang terbuka. Kita tidak boleh mengelak untuk rasa kecewa atau sedih tetapi janganlah sampai anda menyimpan dendam dan membenci si dia. Jangan sekali-kali berputus asa untuk mencari pasangan hidup hanya kerana anda pernah terluka dan dikecewakan. Mungkin dia bukan jodoh anda dan anda hendaklah redha dengan keputusan si dia. Jikalau dia bersetuju maka itulah lampu hijau untuk anda. Ibarat kalau anda memandu kereta, anda yang tadi hanya membawa menggunakan gear 1 atau 2, anda kini boleh naikkan ke gear 3 atau 4. Tapi jangan terlalu gembira selagi anda belum berjumpa dengan keluarga si dia kerana anda masih memerlukan pandangan dan persetujuan dari mereka mengenai hasrat anda.S5 - Sarung Cincin
Apabila silaturahim antara keluarga anda dan si dia telah terjalin, kedua belah pihak telah berbincang dan telah bersetuju. Manakala anda dan dia telah pun bersedia untuk berumah tangga, teruskanlah rancangan anda untuk berkahwin dan jikalau tiada aral yang melintang anda boleh mempercepatkan majlis perkahwinan tersebut. Semuanya terpulang kepada anda dan pasangan anda. Sekarang anda bolehlah pecut kereta anda dengan menggunakan gear 5 supaya boleh cepat sampai ke destinasi. Tiba masanya nanti, anda pasti akan menyarung cincin di tangan pasangan anda. Hehe...Itu sahaja mengenai pasangan hidup dan kereta. Sesungguhnya soal jodoh itu di tangan Tuhan. Apa yang penting kita kena usaha dan banyakkan berdoa supaya dipertemukan jodoh yang baik untuk kita. Kita juga kena berserah dan menerima siapa pun yang ditakdirkan menjadi jodoh kita. Semoga post ini memberi sedikit manfaat dan tips kepada anda yang masih lagi mencari pasangan hidup dan semoga semua pembaca blog ini dipertemukan jodoh yang baik-baik. Amin.
Nota: Aku tak reti bawa kereta manual, hanya tahu bawa kereta auto sahaja. Eh?
:) ... (d@syg)
ReplyDeletesuka ka? :)
ReplyDeleteSgt suka... ;), clip video tu lg comel....hihi.... (d@syg)
ReplyDeletelmbt lg bru nk kahwen...
ReplyDelete