Dah hampir 2 tahun blog ni wujud tapi saya tak pernah memperkenalkan diri kepada pengunjung yang datang ke blog ni kan kan. (Ada ke yang baca blog ni?) *Terbatuk* Okay, anyway, ini serba-sedikit mengenai saya yang anda mungkin tak tahu or tak nak ambik tahu.
#1 Saya suka jadi pengkritik persembahan orang dekat youtube
Setiap kali ada lagu baru keluar, saya akan taip dekat youtube search, cari video orang-orang yang buat cover untuk lagu baru. Lepas tu, saya tengok, then saya rate I like or dislike lepas tu saya pun bagilah kritikan dekat bawah tu. Haha... Pelik? Eleh jangan tipu, korang pun pernah buat kan. Tapi kritikan yang saya bagi tak adalah harsh sangat, kritikan positif dan ayat-ayat pun manis-manis okay. (Hidung jadi panjang sebab menipu, ehehehe).
#2 Saya appreciate muzik video dengan jalan cerita yang best
Salah satu sebab saya suka sangat dengan muzik video lagu korea bukan sebab lagu diorang best sangat tetapi muzik video yang diorang buat. Selalu ada jalan cerita yang bagus dan very unexpected. Saya suka sebab muzik video dengan jalan cerita yang best membuatkan saya lebih mendalami emosi yang cuba di sampaikan dalam setiap lagu. Ceh ceh ceh... Kadang-kadang saya kecewa dengan muzik video artis kita, melodi dan lirik lagu dah mantap sekali tang muzik video, sedeh dunia, memang out!!! Muzik video shoot dalam studio sahaja. Lepas tu, video muka artis menyanyi shoot lain-lain angle ataupun tukar-tukar background. Lagu 3 minit setengah, muzik video cenggitu. Pleaselah jadilah kreatif sikit dan laburlah duit lebih sikit untuk buat muzik video yang berkualiti dan mantap. Boleh?
#3 Lagu yang saya tidak boleh lupakan lazimnya kerana ia meningatkan saya pada seseorang
#4 Saya peminat lagu-lagu oldies
Yes, saya ni jiwang dan suka dengar lagu-lagu jiwang zaman dulu-dulu. Sebab lagu-lagu dari era tu feel dan soul dia memang asli. Memang datang dari hati. Tak lawan dengan lagu-lagu zaman sekarang. Saya pendengar setia lagu-lagu dari penyanyi seperti Bobby Vinton, Chet Baker, Egelbert Humperdink, Maureen Evans, Lesley Gore dan banyak lagi. Salah satu lagu paling top dalam playlist saya adalah lagu "You don't own me" nyanyian Lesley Gore. Lagu tersebut merupakan lagu yang sangat kontroversi pada era beliau kerana ia merupakan lagu yang kononnya sebagai titik permulaan dalam memperjuanglan hak feminisme sebab perempuan pada era tersebut masih terikat dengan cara hidup perempuan kena habis sekolah, selepas itu berkahwin dan jadi suri rumah serta melahirkan zuriat untuk lelaki. Lagu ini boleh dikatakan sebagai anthem untuk perempuan era tersebut untuk bangkit dan memperjuangkan hak sendiri sebagai perempuan. Ceh ceh ceh. Sejak saya terjumpa lagu ni beberapa tahun yang lepas, serta-merta saya jatuh cinta dengan lagu ni. Lirik dia memang straight to the point dan very empowring. Well, kepada lelaki kaki control kat luar sana, lagu ni ditujukan khas buat anda semua.
#5 Saya suka menangis sambil dengar lagu sedih
Ingat tak scene emma dalam glee time dia menangis dalam kereta sambil nyanyi lagu "all by myself"? Saya tergelak guling-guling depan tv bila tengok scene tu sebab saya exactly macam tu. Tapi saya menangis tak setragis emma okay. Er, maybe lagi teruk kot? Haha... Anyway, menangis sambil dengar lagu sedih sangat best. Lepas dah menangis, anda rasa puas. Ia boleh meredakan sedikit rasa sedih dalam hati anda. Ia mungkin boleh jadi terapi yang baik untuk anda menangani perasaan sedih. Anda boleh cuba, duduk dalam bilik atau kereta dan pasang lagu sedih yang anda suka sekuat yang mungkin dan anda nangislah sepuas-puasnya.Lepas dah nangis tu, move on. Jangan sedih-sedih dah, hidup kena ceria. :)
Itu sahaja untuk post ni, have a blast weekend everyone. Jom dengar lagu Lullaby by Lateeyah (Cover), saya gerenti anda pasti akan dibuai mimpi indah tengok senyuman budak perempuan ni. Cuteness overload. Good night and sleep tight. xoxo
Comments
Post a Comment