Skip to main content

Wishlists 2013 yang belum tercapai



Cepatnya masa berlalu, sekarang dah pun masuk bulan Julai. Ada baki 6 bulan lagi sebelum tamatnya tahun 2013. Semasa New Year hari tu, beriya-iya sangat buat wishlists 2013. Hari ini bila tengok balik, erm... baru 30% hasrat yang telah tercapai, huhu... Time tahun baru semangat berkobar-kobar kannn, buat senarai azam 2013 panjang berjela-jela, tak cukup dua keping kertas A4, siap angkat tangan lagi minta ekstra kertas dari pengawas peperiksaan. Eh? Haha... Tak apa zila, ada 6 bulan lagi untuk merealisasikan impian dan hasrat anda. Antara wishlists yang belum tercapai adalah.... (yang ini wishlists yang saya nak kongsi sahaja, dalam 1/16 daripada wishlists sebenar)

1. Nak beli kamera yang canggih jadi kalau keluar berjalan-jalan, boleh snap gambar banyak-banyak. Kualiti gambar pun bagus. Tak macam sekarang, ambil gambar kena edit dulu (highlight, fill light, sharpen etc) baru boleh upload.

2. Nak daki gunung kinabalu. Kenapa? Sebab kawan-kawan dari semenanjung asyik tanya, kalau nak daki gunung kinabalu, pakej berapa kena bayar? Best tak naik gunung? Kalau diorang tanya soalan-soalan tersebut, saya tak tahu nak jawab apa sebab tak pernah naik gunung tu lagi. Selalu main-main kat kaki gunung jer.... Hehe... (tapi ko mampu ke zila, stamina tak ada, berat badan naik berkilo-kilo? <---- i will ignore this, next!) 

3. Nak pergi bercuti dalam Malaysia, tak kiralah dalam Sabah atau luar Sabah. Tahun baru hari tu, tak decide lagi tapi sekarang saya dah tahu nak pergi bercuti dekat mana. Salah satu destinasi percutian saya adalah Tabin Wildlife Resort. Bercuti sambil menyelami hidup ala-ala safari. Aaa... Bestnya, tak sabarnya nak bercuti!!!! Lalalala... *Lompat-lompat atas kerusi*

4. Nak buang 3 spare tayar dekat perut. Dah lama dah saya bawa perut ni, tak suka okay. Banyak baju dalam almari tak boleh dipakai gara-gara perut buncit. Diet pula on and off lepas tu exercise pun macam tu juga. Lama off kejap je on, hehe.... Macam mana nak dapat perut slim. Semoga puasa ni, dapat menjadi permulaan yang terbaik untuk saya dapatkan perut slim. Yeah... *Semangat!!!* 

5. Nak jumpa kawan-kawan UPM. Huhu... Seriously, saya rindu sangat dekat diorang. Yuyu, Aen, Zana, Fara, Dekna, Ana, Shidah, Pinat, Bunbing dan ramai lagi. Hopefully, kalau ada rezeki dan kelapangan, saya dapat jumpa diorang tahun ni maybe time Aen bertunang. In Sha Allah. Hehe...

6. Nak sangat-sangat dapat kerja urus event yang best-best dan gempak-gempak sekitar Sabah. Kerja dengan Breeze Mag atau Bandwidth Mag macam tu. Nak juga luaskan my social circle. Lepas tu jadi orang penting yang akan kena panggil setiap kali orang nak buat event. Hehehe... (Angan-angan Mat Jenin u olls, haha) Anyway, itu semua rezeki, saya akan sentiasa berdoa. In Sha Allah. :)

7. 8. 9. 10. Zzzz.... Sampai sini je lah. Sebenarnya banyak lagi saya nak share tapi mata dah layu, rasa nak tertidur je depan lappy ni. Selamat malam semua. Semoga bulan Julai ni, anda semua mendapat keberkatan dan kebaikan. Kalau diberikan cabaran dan dugaan di tempat kerja, jangan mengeluh dan putus asa okay. Bak kata pendekar bujang lapok "Itu semua COBAAN". Hehe.... 

Nota: Saya tak suka orang texting atau calling time driving dan hari ini saya dinner makan nasi ayam jadi saya smiling. (Pantun dua kerat yang tak menjadi) Sekian, xoxo.

Comments

  1. Babe
    Sama le kita..
    Ada sikit je lagi wish list tak tercapai
    Wishlist awak no 3 tu saya boleh tolong kalau nak
    Special discount for you
    Follow je entry kat bawah nie OK
    See ya
    Singgah entry saya gak ye. TQ

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh...

7 LAMAN WEB ONLINE SHOPPING PAKAIAN KANAK-KANAK YANG PERLU ANDA LAWATI

Anda ingin mengayakan anak-anak anda dengan pakaian trend terkini, namun anda tidak tahu dimana untuk mendapatkan pakaian yang memenuhi citarasa mereka? Ada banyak laman web shopping online pakaian kanak-kanak yang popular di Malaysia ini. EVERMINE Evermine menampilkan koleksi pakaian kanak-kanak yang direka secara teliti dengan mempertimbangkan kualiti dan keselesaan. Perhatian lebih diberi kepada perinciaan rekaan yang membuatkan setiap rekaan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.  Laman Web: Evermine Malaysia KENIT KID Kenit Kid merupakan koleksi pakaian yang direka oleh seorang ibu yang kreatif dengan menggabungkan gaya yang tidak lapuk dek zaman dan kain yang berkualiti. Menjadikan lima orang anaknya sebagai sumber inspirasi terbesar, pereka ini juga turut menggabungkan minatnya kepada seni fesyen kepada semua perkara yang disukai dan diinginkan oleh anaknya. Kenit Kid percaya semua kanak-kanak haruslah berpakaian kemas, sesuai d...

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆