Hotel Stanton Di Malam Hari |
Pada hari Sabtu yang lepas, sis berkesempatan untuk menginap di Hotel Stanton yang terletak berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman. Sebuah bangunan hotel yang bercirikan seni bina English ini baru sahaja beroperasi bermula bulan Oktober tahun 2019. Bangunan hotel ini asalnya merupakan bangunan Wisma A.I.A Insurance kini telah berubah wajah sepenuhnya. Wow!
Bangunan Putih - Wisma AIA Insurance (Sebelum) |
Bangunan Stanton Hotel (Selepas) |
Pertama kali sis menjejakkan kaki ke ruang penyambut tetamu, ibaratnya macam kita masuk ke dalam majalah deko. Kalau kamurang datang sini, bolehlah acah-acah bergambar kononnya berada di oversea post di ig. Meletops kaw!!!
Sis menginap di bilik Deluxe Queen Room (termasuk sarapan) dengan harga RM233.49 melalui tempahan di laman Agoda.com.
Hotel dua tingkat ni mempunyai 37 bilik yang terdiri dari Standard Queen Room, Superior Queen Room, Superior Twin Room, Deluxe Queen Room, Superior Family Room dan Deluxe Family Room. Range harga untuk menginap di sini adalah dalam RM230.00-RM310.00/satu malam.
Interior Dalaman Hotel |
Kedatangan sis dialu-alukan oleh pihak Hotel dengan sekeping nota daripada Pengurus. Rasa macam dihargai uolls. Sakai! Ahahaha...
Nota Daripada Pengurus Hotel |
Suasana Dalam Bilik Hotel |
Cuba bagitau hotel mana ada sediakan Stapler dan Sellotape bagai? Tepuk tangan!!! *Sila jangan tapau bawa balik!* |
Fyi, yang dalam mini bar tu bukan free, kalau makan dan minum kena bayar aa... Kekeke... |
Yang paling manang, mana hotel yang ada kasi sedia payung? Mantap!!! |
Suasana tandas, agak luas, macam sama luas dengan ruang tidur, haaaa.... |
M Cafe bersebelahan hotel sahaja |
Sarapan American Breakfast sis.... |
Sarapan yang disediakan hanya terdapat dua pilihan sahaja iaitu American Breakfast atau Egg Mayo Sandwiches. Walaupun hidangan sarapan adalah terhad, tetamu boleh menikmati hidangan lain di M Cafe yang dibuka setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. M Cafe menyediakan pelbagai masakan asia, barat dan juga dessert yang pastinya nyum2. Sis belum cuba lagi menu yang ditawarkan di cafe tu tapi American Breakfast dia sedaplah cumanya gantung. Makan jam 7.30 pagi, jam 10 pagi lapar balik. Hahaha... Selain M Cafe, hanya ada satu saja restoran yang berdekatan iaitu Warehouse 32 Kitchen and Bar yang menghidangkan Italian dan Fusion cuisine. Walaupun tidak banyak restoran, jangan susah hati, GrabFood kan ada, order saja.
Secara keseluruhannya, menginap di Hotel Stanton sangat memuaskan sebab hotel masih baru dan bersih, tilam empuk, design hotel cantik, bilik selesa, wifi internet laju, ada smart TV tapi channel limited, last-last tengok Mr.bean di Youtube, heh? Staff hotel sangat peramah dan laju bertindak. Sis request seterika, tak sampai 5 minit sampai sudah di bilik (bilik tiada sediakan seterika jadi kena minta di kaunter). Bagi tetamu yang bawa kereta, maklum saja kalau di tengah bandar tempat letak kereta adalah terhad. Siapa cepat dapatlah parking. Sis rekemen naik grab saja datang sini. Maw pergi mana-mana naik Grab di area Kota Kinabalu pun senang kalau dari hotel sebab dekat saja tapi kalau jalan kaki jauhlah. Basah keti juga, sis tak sanggup.
*Itu saja review sis. Papai semua* |
Hotel Stanton KK
Alamat: No.13, Jalan Karamunsing, Lorong Karamunsing C(4.41mi), Kota Kinabalu, 88600, Sabah.
Tel: +6088-335333
Email: enquiries@stantonhotel.com.my
Website: https://stantonhotel.com.my/
Comments
Post a Comment