Anda bosan duduk di rumah sepanjang PKP? Apa kata anda menambah ilmu pengetahuan dengan menyertai kursus secara online.
Universiti Harvard menawarkan sebanyak 140 kursus dan 61 dari kursus tersebut adalah PERCUMA. Kursus yang ditawarkan meliputi bidang Perniagaan, Kesihatan dan Perubatan, Sains Komputer, Programming, Pendidikan, Seni Rekaan dan banyak lagi. Bergantung kepada kursus, setiap kelas mengambil masa antara 2 hingga 12 minggu. Anda juga boleh memilih tahap kesukaran bergantung kepada kehendak sendiri.
Antara kursus yang anda boleh cuba adalah kursus Keusahawanan Dalam Ekonomi Baru, dimana anda akan pelajari tentang kesedaran terhadap peluang keusahawanan di pasaran yang pesat membangun di samping memahami kerangka konsep untuk menilai peluang yang tersedia.
Dengan pengetahuan dan kemahiran baru yang dipelajari, anda bolehlah update resume anda!
Comments
Post a Comment